Saturday, January 1, 2011

Majlis Perpisahan En Mansor Bin Mohd Hashin Dan En Rozaidi Bin Ikhwan

Majlis perpisahan En Mansor dan En Rozaidi telah diadakan bertempat di Ts Hotel Taman Scientex pada 01/01/2010 Jam 08:00 Malam.

Friday, December 31, 2010

Majlis penyampaian anugerah Pelajar Cemerlang Dan Sambutan Tahun Baru 2011



Majlis sambutan tahun baru 2011 dan Anugerah Pelajar Cemerlang telah dilaksanakan dan di sampurnakan oleh En Rozaidi Bin Ikhwan Pen.Pegawai Perpaduan Kanan Daerah Johor Bahru Baru.

Sunday, December 19, 2010

Persembahan Kuda Kepang KRT Taman Impin Jaya Seelong

Persembahan kuda kepang Tradisional anjuran KRT Taman Impian Jaya Seelong telah diadakan pada 18/12/2010 (Sabtu malam minggu)

Sunday, November 28, 2010

Sukan Perpaduan sempena keputeraan Sultan Johor


Sempena sambutan keputeraan Sultan Johor, JPNINJ bersama pejabat Daerah Johor Bahru telah menganjurkan sukan perpaduan bertempat di Danga bay Pada 28/11/2010

Tuesday, November 23, 2010


22/11/2010 (Ahad) En Baharin Bin Idris Pengarah JPNINJ telah melapangkan masa bagi melawat bangunan Tadika dan pusat KRT sentosa Taman Nusa Damai.

Projek Bangunan telah berjalan 40% untuk siap diguna pakai bagi kemudahan KRT Sentosa.

khatan krt sejahtera


Majlis berkhatan beramai-ramai anjuran KRT Zon Sejahtera Taman Nusa Damai telah dirasmikan Oleh Pengarah JPNINJ En Baharin Bin Idris yang di hadiri sama Pen.Peg Perpaduan Kanan En Rozaidi Bin Ikhwan
Seramai 25 kanak-kanak telah mengambil bahagian didalam majlis berkhatan tersebut.

Saturday, November 6, 2010

Program Pengucapan Awam & Penyampaian taklimat yang cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru 2010


JPNIN Daerah Johor Bahru telah menganjurkan Program Pengucapan Awam kepada KRT-KRT didalam Daerah Johor Bahru pada 06 hingga 07/11/2010 bertempat di Akademi Kemahiran dan latihan Insan (AKLI) Jalan Kota Tinggi yang telah dihadiri seramai 40 orang ahli KRT.