Sebagai seorang pegawai yang dipertanggung jawabkan didalam soal Kawasan Rukun tetangga dan Skim Rondaan Sukarela(SRS) En Bahrim Bin Othman telah mengambil jalan pendekatan bersama-sama dengan KRT-KRT didalam Daerah Johor Bahru untuk memberikan penerangan serta penjelasan berkenaan dengan SRS agar semua ahli faham serta tahu bagi mengerakan SRS dikawasan KRT masing-masing.
Pada 31/07/2010 (Sabtu malam minggu) bertempat di KRT Rumah Pangsa Taman Mawar Pasir Gudang beliau telah mengadakan taklimat berkenan dengan SRS serta melawat KRT-KRT yang telah menubuhkan SRS, Turut hadir didalam majlis tersebut En Rozaidi Bin Ikhwan selaku Pem.Peg Perpaduan Kanan Daerah Johor Bahru.
Beliau telah melawat kekawasan-kawasan KRT yang telah menubuhkan SRS dan didalam lawatan mengejut beliau sehingga pukul 5 pagi itu telah terdapat kes namun dapat diselesaikan dengan secara aman oleh ahli SRS serta Pihak Polis.
No comments:
Post a Comment